

SYDNEY - Anggota-anggota penyelamat semalam bertungkus lumus menyelamatkan beratus-ratus ikan paus dan ikan lumba-lumba yang terdampar di pantai Tasmania, selatan Australia.
Bagaimanapun, hanya 54 daripada hampir 200 ekor ikan paus itu masih hidup selepas ia terkandas di sebuah pantai di Pulau King, Tasmania sejak kelmarin.
Kejadian tersebut kerap berlaku dan saintis masih tidak mengetahui punca sebenar ikan paus itu terdampar.
Pegawai Khidmat Taman Hidupan Liar Tasmania, Chris Arthur berkata, sebanyak 54 ekor ikan paus dan tujuh ekor ikan lumba-lumba masih hidup.
"Ia menakjubkan kerana sebahagian ikan itu ada yang mati, nazak dan boleh hidup untuk sehari lagi. Ikan paus pilot, misalnya, merupakan haiwan yang lasak," katanya.
Akhbar The Examiner melaporkan ikan itu terperangkap kerana air cetek.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: