SETIAP hari Khamis malam Jumaat, Papa memang tidak melepaskan peluang untuk menonton slot Seram di TV3 yang menayangkan kisah-kisah seram menerusi drama Keliwon.
Kisah-kisah dalam drama itu memang cukup menarik dan setidak-tidaknya ia menonjolkan kisah-kisah seram yang selama ini tidak ketahui.
Papa percaya juga ada kisah yang ditayangkan itu memang berlaku dalam masyarakat kita terutama apabila melibatkan pemujaan, dendam, dengki dan khianat.
Namun, yang tak sedapnya itu, lagu tema Keliwon itu memang tak sesuai langsung dengan cerita itu dan Papa sifatkan pemilihan lagu berjudul Jangan Kau Pergi nyanyian Farawahida macam tidak kena.
Judul lagu itu ada kaitan dengan cinta tetapi menjadi lagu tema untuk sebuah drama seram. Papa tidak salahkan Fara tetapi pihak yang memilih lagu itu ternyata telah membuat satu kesilapan.
Tidak salah kalau nak letak lagu tema tapi biarlah kena pada tempatnya.
Kalau tak ada lagu tema pun Papa rasa okey sebab drama-drama dalam slot Seram sebelum ini pun memang tidak ada lagu tema.
Maafkanlah Papa, kalau apa yang Papa tegur di sini mengguris hati sesetengah pihak.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: