Wednesday, March 4, 2009

Konsert Jason Mraz tidak disiar di internet


PERHATIAN kepada peminat Jason Mraz, penyanyi yang sedang meledak dengan lagu I'M Yours dan Lucky. Tiga kategori tiket untuk konsertnya di Stadium Negara, malam ini sudah habis dijual.

Tiket yang habis dijual itu adalah dari kategori harga RM88 (tempat duduk bebas), RM168 dan RM208 (tempat duduk bernombor). Tiket yang masih ada adalah untuk harga RM68 (tempat duduk bebas)), RM138 (The Rockzone) dan RM258 (The Pitt). Bagaimanapun, jualannya cukup menggalakkan apabila 70 peratus sudah habis dijual.

Penganjur juga menegaskan bahawa Konsert Jason Mraz Live in Malaysia tidak disiarkan secara langsung menerusi internet seperti yang dihebahkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.


Memulakan sesi jelajah Asia pada 21 Februari lalu di Seoul, Korea Selatan, Jason kemudian meneruskan kembaranya ke Jepun, Taiwan dan Hong Kong sebelum singgah ke Malaysia, Singapura dan Indonesia. Selepas Asia, Jason terbang ke Eropah bagi tujuan mengadakan konsert di lebih 20 bandar raya di benua itu sebelum ke Australia dan kembali ke Amerika Syarikat.

Walaupun jadual hariannya padat, namun penganjur memberi jaminan bahawa konsert Jason di Malaysia akan tetap diadakan dan dia juga sudah bersedia untuk menghiburkan peminatnya di sini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: