Wednesday, March 4, 2009

Dengarnya... Syazliana diganggu lelaki mat salih



Syazliana sewaktu siri jelajah ABPBH 2008 di Sungai Petani.

CERITA ini masih lagi hangat dan terjadi di Sungai Petani sewaktu siri jelajah ABPBH 2008 pertama dijalankan. Amboi, Cik Normah ingatkan diri ini saja yang pernah cuba diganggu dan digoda lelaki mat salih dan berketurunan Arab. Rupa-rupanya, penyanyi Syazliana yang turut menjadi artis jemputan siri jelajah itu pun diganggu lelaki mat salih berusia dalam lingkungan 28 tahun.

Sejak Syazliana tiba lagi di Cinta Sayang Resort yang menaja penginapan artis dan media di sana, ada mat salih yang boleh tahan kacaknya cuba bermain mata dengan penyanyi itu. Bukan setakat cuba menggunakan telefon di dalam bilik hotel untuk bercakap dengannya, malahan lelaki itu siap selitkan nota cinta di bawah pintu bilik hotel dengan harapan dapat bertemunya dengan lebih dekat.

Kawan sepejabat Cik Normah yang ditugaskan di sana sempat melihat nota cinta yang ditunjukkan Syazliana sendiri. Nota berbunyi: “What a beautiful lady is doing in Sungai Petani. Woww! I would like to meet you. Call me if you like. 013*******”.


Sampai seram sejuk jugalah perasaan Syazliana apabila dapat tahu ada lelaki cuba mengganggunya. Kawan Cik Normah cakap kejadian sebegitu bukan yang pertama terjadi kepadanya, malah selalu dialaminya.

Dulu pun sewaktu Cik Normah bercuti dan mengikuti kursus modeling di London kejadian yang terjadi kepada dia pernah berlaku kepada Cik Normah. Waktu itu, Cik Normah belum berkahwin dan biasalah kalau jadi wanita cantik, ada saja yang cuba mendekati. Ikutkan hati memanglah jatuh hati Cik Normah apabila melihat lelaki mat salih berbadan sasa dan berwajah meletup itu, tapi hati Cik Normah ketika itu sudah dimiliki seorang lelaki Melayu yang kini adalah suami Cik Normah. Masa itu kami baru setahun berkenalan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: