Wednesday, March 4, 2009

8TV pertahan kritikan Syafinaz


KRITIKAN yang dilemparkan Syafinaz Jumaat lalu mengundang pelbagai reaksi di kalangan penonton.

Teguran keras lebih cepat sedarkan peserta untuk perbaiki kelemahan

APABILA pengkritik tetap One In A Million 3, Syafinaz Selamat melemparkan kritikan keras dengan menyamakan corak nyanyian seorang pesertanya, itu, Aweera seperti salakan anjing, ramai yang terkejut.

Ada juga yang menyifatkan kritikan Syafinaz itu sebagai keterlaluan untuk peserta yang masih lagi hijau dalam bidang seni. Dan sebagai seorang yang berpengalaman serta terikat dengan nilai kesopanan dan adat orang Melayu, tentunya kritikan itu dianggap keterlaluan dan memalukan Aweera.


Pun begitu, dakwaan itu disangkal Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar.Sambil menyifatkan tindakan penyanyi bersuara soprano itu sebagai bertepatan dengan tugas yang disandangnya itu.

Beliau berharap orang ramai terutama penonton program ini dapat melihat kritikan itu sebagai sesuatu yang positif terutama untuk pembangunan peserta itu sendiri.

“Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza dan saya akur dengan perkara itu. Namun, saya melihat kritikan itu sebagai satu pengajaran kepada peserta berkenaan supaya bangkit dan perbaiki kesalahan yang ada.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: