
ANDA mahu penyanyi John Mayer kekal sebagai kekasih aktres Jennifer Aniston atau tidak? Anda kini boleh membuat undian di laman web Is John Mayer a Keeper? yang ditubuhkan oleh majalah People.
Menariknya, baru-baru ini Mayer sendiri mengakui dia telah memberikan reaksi peribadi kepada laman web yang dibina hanya untuk memastikan sama ada dia harus terus kekal sebagai kekasih Jennifer atau sebaliknya.
Mayer dalam tulisannya melalui blog Twitter berkata: "Saya baru mengundi dalam laman web Is John Mayer a Keeper? kelolaan majalah People. Saya mengundi untuk 'Love Him'. Ya, sudah semestilah saya mengundi untuk kekal bersama Jennifer. Kenapa tidak?" katanya.
Undian Mayer itu membawa maksud menyokong dirinya kekal sebagai kekasih Aniston.
Malangnya undian yang dibuat Mayer itu tidak membantu dirinya jauh sekali mengatasi undian orang ramai. Lebih banyak peminat mahukan supaya Aniston memutuskan hubungan dengan Mayer dengan jumlah undian mencecah 63 peratus.
Mayer dan Aniston membuat kemunculan bersama buat pertama kalinya pada majlis Anugerah Academy ke-81 baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: