![]() |
| EMMA ROBERTS DAN Nick Jonas. |
EMMA ROBERTS mengakui dia tidak lagi menaruh minat terhadap salah seorang anggota The Jonas Brother, Nick Jonas.
Menurut pelakon remaja yang juga sepupu kepada Julia Roberts itu, jika dulu dia begitu memuja Nick, namun kini tidak lagi apabila lelaki itu sudah begitu dikenali umum.
Aktres berusia 18 tahun tersebut sebelum ini tidak malu untuk mengakui dia jatuh cinta kepada pemuda berusia 16 tahun yang merupakan bekas kekasih bintang remaja sensasi, Miley Cyrus itu.
Beritahu Emma kepada majalah Teen Vogue: "Saya pernah menaruh perasaan terhadap Nick, tetapi namanya kini sudah terlalu popular. Jadi saya rasa perasaan itu dengan sendirinya sudah terpadam."
Sementara, pelakon yang bakal muncul menerusi filem Hotel For Dogs dan Lymelife itu turut mengakui sebelum ini dia tidak sabar untuk menjengah usia 16 tahun kerana mahu cepat menjadi wanita yang matang.
"Ketika berusia 12 tahun dulu, saya begitu tidak sabar untuk mencecah usia 16 tahun kerana pada usia itu saya dapat lesen memandu. Maknanya saya boleh bawa kereta secara sah, boleh bercinta dan sudah tentu memiliki payu dara!"

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: