Wednesday, March 4, 2009

Dengarnya... Kenchana Dewi disenangi semua



Kenchana Dewi dan Mila sudah dua tahun berturut-turut tersenarai dalam ABPBH.

CIK Normah diberitahu rakan sepejabat yang mengikuti siri jelajah pertama ABPBH 2008 di Sungai Petani, Kedah pada Sabtu lalu, calon Pelakon Komedi Wanita Popular untuk dua tahun berturut-turut, Kenchana Dewi memang mempunyai ramai peminat.

Menurut cerita rakan Cik Normah, sewaktu berada di taman tema The Carnival, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengabadikan gambar mereka bersama pelakon keturunan India ini. Yang minat dia pun orang Melayu juga. Kelas Kenchana.

Cik Normah belum berkesempatan bersua muka dengan pelakon sitkom Puteri ini, tapi apa yang diberitahu rakan Cik Normah, memang dia sangat ‘sporting’, ‘gila-gila’ dan boleh cepat serasi dengan artis lain yang sama-sama naik bas Sinarmas Travel & Tours ke Sungai Petani. Pendek kata, pelakon berusia 36 tahun ini memang sejak kecil sudah terbiasa dengan orang Melayu. Maklumlah dibesarkan dan tinggal dalam kejiranan orang Melayu.


Paling menarik, dia mula menerjah persada seni melalui drama berbahasa Melayu, sebelum ke drama Tamil. Jangan tak tahu, pelakon berstatus ibu ini pernah memenangi dua anugerah iaitu Artis India Paling Popular 2002 dan Aktres Terbaik 2006 yang dianjurkan penggiat seni dari kaum India di Malaysia.

Cik Normah dapat tahu memang Kenchana seronok dan teruja dapat menyertai siri jelajah ABPBH tahun ini. Ramai juga di kalangan media dan artis yang menaiki bas tempoh hari bertemu Kenchana sebab wanita ini pandai membaca horoskop hanya melalui nombor. Kawan Cik Normah cakap, ramalan ini hanya suka-suka dan bukannya untuk dipercayai.

Tahun lalu, memang dia tak dapat ikut sebab sibuk dengan jadual penggambaran drama. Peluang yang ada pada tahun ini pastinya akan dimanfaatkan Kenchana untuk bertemu peminatnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: