Wednesday, March 4, 2009

Dengarnya... Mark OIAM tak mahu menyanyi



Mark.

INGAT lagi tak kepada seorang peserta One In A Million (OIAM) musim kedua bernama Mark. Lelaki kacak dari Sabah yang berwajah mat salih itu pernah hangat namanya gara-gara dikaitkan dengan Farah Asyikin tahun lalu. Kisah terbaru yang Cik Normah dapat tahu ialah Mark sudah tidak mahu menyanyi lagi kerana industri hiburan, terutama bidang muzik dilihat tidak bersesuaian dengan dirinya.

Patut pun kebelakangan ini, Cik Normah jarang mendengar kisahnya. Mark kini menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan. Dunia nyanyian hanyalah suka-suka untuknya dan bukan lagi perkara utama di dalam hidupnya. Biarpun suka menyanyi, kini pelajaran adalah keutamaannya. Seorang sumber boleh dipercayai memberitahu Mark mahu fokus kepada pelajaran kerana ingin memberi tumpuan kepada kerjaya perniagaan.

Baik Mark dan Farah, mereka masih berkawan baik. Cinta atau tidak, Cik Normah kurang pasti. Cik Normah tak suka serkap jarang dan percaya ikatan persahabatan memang tidak boleh dijual beli. Kini pun, Farah bukan setakat bergelar penyanyi, malah membantu menguruskan syarikat milik ayahnya.

Cakap mengenai Farah, Cik Normah suka dengan lagu Hello nyanyian Farah. Tak dinafikan Farah memang serasi dengan lagu berentak rancak. Sebelum ini, Farah popular dengan lagu Seribu Penipuan, sekarang Hello pula. Harapnya syarikat Satu Entertainment milik komposer Audi Mok akan betul-betul memberi perhatian kepada Farah kerana diyakini Farah boleh pergi jauh jika kena pada gayanya. Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: