Friday, March 6, 2009

Dengarnya... Darling Ngasri bertunang 15 Mac


SEKELIP mata selepas cinta pelakon dan penerbit, Darling Ngasri berakhir, tiba-tiba Cik Normah dapat tahu yang sepupu kepada Memey Suhaiza itu akan bertunang pada 15 Mac.

Majlis pertunangan akan dijalankan di kediaman keluarganya di Jalan Ipoh. Insya-Allah, kalau ikut perancangan majlis pernikahan akan dibuat pada hujung Mei ini.

Pilihan hati Darling bukan lagi wartawan, sebaliknya pemuda berkenaan yang hanya dikenali dengan huruf pangkal ‘A’ itu berusia dalam lingkungan 30-an. Lelaki itu bukan lagi orang di dalam industri, sebaliknya terbabit dalam perniagaan automotif dari Melaka.


Cepat juga Darling bertemu dengan pengganti. Kelas Darling. Baguslah, lagi pun umur Darling pun semakin meningkat. Lalu, keputusan ini harus dipuji. Harapnya bekas kekasih Darling sebelum ini akan menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Bak kata lagu Casey, Jangan Ada Benci. Tak baik berdendam sesama insan dan umat manusia.

Kepada Darling, Cik Normah harap kebahagiaan yang menjelma ini akan terus menyebelahi dirinya buat selama-lamanya. Insya-Allah, hingga hujung nyawa. Harap peristiwa hitam yang pernah terjadi kepada perkahwinan abangnya, Bell Ngasri tidak akan berulang kembali dalam hidup Darling. Nampaknya, Cik Normah kena tempah banyak lagi pakaian sebab bukan ABPBH 2008 saja nak tiba, artis pun ramai nak kahwin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: