![]() DARI kiri; Penulis Lirik, Keon, Baharam, M Daud dan Presiden Persatuan Pekerja Filem Malaysia, Syed Mohamed Hassan Benyahya pada majlis penyampaian surat tawaran lot Perkampungan artis di Finas, Hulu Klang. |
Papita buktikan projek perkampungan artis di Melaka jadi kenyataan
SEBAIK majlis pecah tanah Perkampungan Artis di Melaka Pindah pada 7 Mac tahun lalu disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, kebimbangan tidak lagi diragui oleh pembeli yang terdiri daripada anak-anak seni tanah air.
Sebelum ini ramai yang meragui kesahihan projek itu sama ada akan berjalan seperti yang dijadualkan. Ada yang memandang lekeh usaha Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Pencipta Lagu Tanah Air (Papita) untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Melaka mewujudkan perkampungan artis. Kononnya itu semua hanyalah khayalan saja.
Kini semuanya terjawab dengan bantuan dan sokongan kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Yayasan Melaka diluluskan di peringkat Persekutuan pada 7 Januari lalu.
Selama tiga tahun usaha Papita untuk mendapatkan penempatan artis yang membolehkan segala kegiatan seni dapat dijalankan harus diambil kesempatan oleh anak seni tempatan.
Mereka kini berhak mendapatkan keistimewaan dengan segala kemudahan prasarana bakal dibina di tengah-tengah perkampungan artis oleh kerajaan Melaka untuk melancarkan segala aktiviti seni di negeri itu

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: