Monday, November 7, 2016

Taylor Swift Artis Wanita Pendapatan Paling Tinggi 2016




Pendapatan Taylor Swift pada 2016 sebanyak AS$170 juta (RM680 juta) menjadikannya artis wanita dengan pendapatan paling banyak tahun ini.
PENYANYI Taylor Swift muncul sebagai artis wanita dengan pendapatan paling tertinggi 2016 menerusi senarai dikeluarkan majalah Forbes.
Pendapatan penyanyi berusia 26 tahun itu dilaporkan mencecah AS$170 juta (RM680 juta) hasil daripada konsert jelajah dunia iaitu 1989 Tour selain penjualan album dan jurucakap produk.

Jumlah itu adalah dua kali ganda berbanding Adele yang berada ditempat kedua dengan jumlah pendapatan sebanyak AS$80 juta (RM320 juta).

"Dia telah membina empayarnya selama beberapa tahun dan jelas dapat dilihat hasil daripada usahanya selama ini apabila tampil sebagai artis wanita dengan pendapatan paling tinggi tahun ini," kata wakil Forbes.

Dalam pada itu, separuh daripada pendapatan Adele adalah hasil daripada penjualan album terbaharunya berjudul 25 yang kini terjual hampir 20 juta di seluruh dunia.

Album itu juga muncul sebagai album paling laris jualannya sepanjang tahun lalu.

Manakala penyanyi veteran, Madonna masih menunjukkan taring dengan tempat ketiga dengan jumlah pendapatan AS$76 juta (RM304 juta) hasil daripada konsert jelajahnya Rebel Heart di Amerika Utara, Eropah, Asia dan Australia.

Rihanna pula berada di tempat keempat AS$75 juta (RM300 juta) hasil daripada kontrak sebagai duta jenama seperti Dior, Puma, Samsung dan album terbaharunya, ANTI.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: