TOKYO - JEPUN. Sony Music memohon maaf selepas anggota kumpulan muzik naungannya memakai pakaian seragam tentera Nazi untuk sambutan Halloween.
Menurut laporan BBC, kumpulan pop Keyakizaka46 muncul di atas pentas pada 22 Oktober memakai jubah hitam dan topi menyerupai pegawai SS Nazi.
Beberapa foto yang merakam persalinan berkenaan kemudian viral dan dikecam orang ramai kerana pegawai SS Nazi popular kerana kekejaman mereka.
"Kami memohon maaf dengan tulus ikhlas kerana kesalahan ini," kata kenyataan dari Sony Music (Jepun).
Yasushi Akimoto yang menguruskan kumpulan Keyakizaki46 juga memohon maaf kerana 'tidak sensitif' dan mendakwa 'tidak tahu' dengan pilihan persalinan pada hari kejadian.
Yasashi memberi jaminan persalinan kumpulannya akan diperiksa dengan teliti pada masa hadapan.
Pada 2011, kumpulan artis naungan Sony, Kishidan juga melakukan kesalahan sama ketika muncul dalam sebuah siaran televisyen.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: