QINGDAO - CHINA. Sebuah universiti di sini mengeluarkan kod etika melarang semua pelajarnya berpegangan tangan di khalayak.
Pelajar di Universiti Qingsao Binhai iaitu kolej vokasional swasta yang ditubuhkan pada tahun 1992 tidak dibenarkan memegang tangan atau berpelukan di khalayak ramai.
Mereka yang melanggar peraturan ini akan berdepan denda termasuk hukuman dan kemungkinan penggantungan kolej.
Kod peraturan itu termasuk melarang lelaki untuk menolong pelajar perempuan membawa beg, berkongsi dulang di kafetaria kampus termasuk fon telinga ketika mendengar muzik.
Memetik Beijing Times, seorang pelajar memberitahu, dia ditahan oleh gurunya kerana berpengangan tangan dengan teman wanitanya dan diberi amaran keras serta didenda membersihkan tandas.
Tugas membersihkan tandas adalah hukuman biasa di universiti itu kerana tiada pekerja pembersihan.
Pengurus Hal Ehwal Pelajar berkata, universiti berkenaan tidak mempunyai pekerja pembersihan bukan kerana mahu menjimatkan wang sebaliknya mahu mengajar pelajar untuk mempunyai sikap bertanggungjawab dan memupuk kebersihan yang baik.
"Sekatan terhadap pelajar dikenakan sejak ia dibuka dan pihak universiti tidak mengharamkan hubungan antara pelajar dan meminta mereka menjaga kelakuan mereka.," ujarnya.
Tahun lalu sebuah universiti Jilin turut menghalang pasangan makan bersuap di kafetaria kampus.