Thursday, November 3, 2016

Mariah Carey Tuntut RM21 Juta Daripada Jutawan Australia




Mariah Carey dan James Packer berpisah selepas mengikat tali pertunangan pada Januari lalu.
PENYANYI Mariah Carey dilaporkan menuntut AS$5juta (RM21 juta) daripada jutawan Australia iaitu James Packer sebagai penyelesaian krisis antara mereka

Bagaimanapun sumber yang rapat dengan pasangan itu berkata, Mariah tidak akan mendapat wang seperti dituntut sebaliknya dia dibenarkan menyimpan cincin pertunangan mereka yang bernilai AS$10 (RM40 juta) juta diberikan kepadanya sebelum ini.

Kata sumber kepada New York Post menerusi ruangan Page Six belum ada sebarang perbincangan di antara Mariah dan James berhubung wang berkenaan selepas mereka memutuskan pertunangan pada Khamis lalu.

"James hanya membiarkan Mariah menyimpan cincin dan dia tidak akan mendapat satu sen pun wang seperti diminta.

"Ia sesuatu yang tidak masuk akal untuk menuntut sejumlah wang daripada James atas alasan pembatalan siri jelajahnya di Amerika Selatan.

"Beberapa hari lalu dia menyalahkan promoter pula atas masalah itu," ujar sumber itu.

Sementara itu,  penyanyi itu sebelum ini mengesahkan berlaku pertengkaran di antara mereka ketika bercuti di Greece pada September lalu.

Mariah dan James akan cuba menyelesaikan perkara itu selepas berlaku pertengkaran antara mereka di Greece.

Dalam pada itu sumber lain berkata, punca perpisahan itu disebabkan Mariah dikatakan terlalu taksub dengan program realiti televisyennya iaitu Mariah’s Worlds.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: