Monday, November 7, 2016

Jungkook & Jeong Ye In Dikatakan Bercinta Kerana Baju Sedondon




Jungkook dan Ye In beberapa kali dilihat memakai baju sedondon sehingga menimbulkan pertanyaan peminat hubungan sebenar mereka.
PENYANYI Jungkook daripada kumpulan BTS dan Jeong Ye In (Lovelyz) dikatakan sedang hangat mejalinkan hubungan cinta selepas mereka beberapa kali dilihat mengenakan pakaian sedondon.
Allkpop melaporkan walaupun tiada sebarang pengesahan berhubung perkara itu namun perkara itu menjadi perdebatan hebat dikalangan peminat di laman sosial.

Malah terdapat forum khas bagi membincangkan tentang perkara itu sehingga ada yang sanggup mengumpul bukti bagi menguatkan lagi dakwaan mereka.

"Bukan sekali mereka tampil mengenakan baju yang sama tetapi berkali-kali walaupun menghadiri acara berlainan.

"Ia seperti kod rahsia di antara mereka dan kami yakin mereka kini sedang bercinta," kata salah seorang netizen.

Bagaimanapun wakil kedua-dua selebriti berkenaan enggan mengulas mengenai perkhabaran terbaharu itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: