Monday, November 7, 2016

Bunkface Teruja Pertama Kali Ke Pertandingan Antarabangsa




Sam (kanan) bersama anggota kumpulan Bunkface ketika di KLIA sebelum berlepas ke Belanda. 
PETALING JAYA: Kumpulan Bunkface melahirkan rasa teruja untuk mengharumkan nama negara buat pertama kalinya di pentas antarabangsa dalam MTV EMA Best South-east Asia Act yang akan berlangsung di Ahoy Rotterdam, Belanda pada Ahad ini.
Mereka akan bersaing dengan lima pencabar lain iaitu kumpulan muzik hip hop Thailand - Thaitanium, penyanyi dari Filipina - Sarah Geronimo, Gentle Bones (Singapura) dan Dong Nhi (Vietnam).

Seorang lagi penyanyi yang mewakili negara ialah Yuna namun ia merupakan penyertaan kali kedua buat wanita itu yang pernah disertainya pada 2014.

Dalam pada itu penyanyi utamanya Sam atau Shamsul Annuar Mohd Baharom, 28,  berkata, dia agak berat hati untuk meninggalkan keluarganya apatah lagi  baharu sahaja menimang anak iaitu Maleeq yang baru berusia tujuh minggu.

Namun dia sanggup melupakan perkara itu bagi merasai pengalaman pertama bertanding di pentas antarabangsa.

“Kami amat teruja menyertai pertandingan ini walaupun saya terpaksa meninggalkan anak isteri manakala seoramg lagi anggota Bunkface iaitu Youk pula  meninggalkan isterinya yang sarat mengandung ketika ini,” katanya.
Bunkface sempat bergambar dengan petugas Qatar Airways.
Seorang lagi anggota Bunkface yang turut bersama ialah Paan.
Kata Sam, selain keterujaan itu Bunkface juga akan dapat menyaksikan idola mereka iaitu Greenday membuat persembahan secara live disamping Bruno Mars, King of Leon manakala Rihanna pula akan menjadi hos.

Tambahnya, pelaung berada di negara berkenaan akan digunakan untuk mereka melakukan penggambaran  rockumentary Bunkface X di Amsterdam dan Rotterdam sempena konsert ulang tahun ke-10 mereka yang akan berlangsung pada 24 Disember depan di Stadium Chin Woo, dekat sini.

“Ini merupakan kali kedua kami datang ke Amsterdam pada tahun ini. Kali pertama pada Mei lalu sewaktu kami bercuti bersama keluarga dan saya pula berbulan madu,” kata Sam.

Terdahulu kumpulan ini berlepas dari lapangan terbang antarabangsa KLIA kira-kira pukul 2 pagi Jumaat yang turut disertai  dua orang wakil Suria FM.

Wakil stesen radio itu akan merakamkan detik-detik indah Bunkface di Belanda dan akan berkongsi rakaman berkenaan menerusi laman web Suria FM nanti.

Rakaman berkenaan akan disiarkan menerusi laman web Suria FM nanti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: