SALISBURY - ENGLAND. Sebuah pasu antik China yang hanya dibeli dengan harga £ 10 (RM54) dijual semula dengan nilai berkali ganda iaitu lebih daripada £ 60,000 (RM327, 456).
Pasu berkenaan dipercayai dibuat di Imperial Palace Beijing sekitar 220 tahun lalu.
Pusat Bidaan Wooley & Wallis berkata, pemilik hanya menyedari nilai sebenar selepas dia melelong pasu berkenaan di eBay.
Ia telah dianggarkan bernilai £30,000 (RM 164,132) tetapi dijual pada lelongan di Salisbury dengan harga £61,000 termasuk premium pembeli.
Memetik BBC News, penjual yang tidak mahu dikenali, membeli pasu berkenaan di jualan but kereta berhampiran Lymington.
Pakar seni Wooley & Wallis Asian, John Axford mengesahkan pasu berkenaan mempunyai tanda empat karektor Qianglong iaitu maharaja keenam dinasti Qing dibuat dibengkel istana di antara tahun 1736 dan 1795.
John berkata, ia menjadi satu pelaburan yang sangat baik.