Azhar, 28, berkata, ia perkara biasa kerana mereka ialah dua individu berbeza serta mempunyai pemikiran tersendiri selain menganggap ia membawa kebaikan dalam memperbaiki hubungan dan memahami antara satu sama lain.
"Apabila ada dua 'kepala' untuk semua perkara perselisihan pendapat atau bergaduh itu perkara biasa kerana masing-masing ada pendirian sendiri.
"Saya pula melihat, apabila kami tidak sependapat dalam soal karier ia adalah perkara positif kerana kita akan lebih kenal pasangan dan memperbaiki apa yang kurang," katanya.
Terdahulu lagu nyanyian Azhael iaitu Mencinta ciptaan Omar K bakal berentap dalam separuh akhir Muzik-Muzik pada minggu pertama iaitu Jumaat ini bagi merebut 12 tempat di Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31).
Azhael dianggotai oleh Azhar (kiri) dan Hael teruja dapat bertanding pada Muzik-Muzik 31 Separuh Akhir.
Dalam pada itu, Hael pula menegaskan perselisihan faham yang berlaku tidak pernah melibatkan soal peribadi sehingga menjejaskan hubungan profesional mereka.
"Kami tidak pernah mencampur-adukkan soal kerja dengan peribadi kerana pada akhirnya ia tidak mendatangkan sebarang kebaikkan.
"Satu perkara baik apabila kami tidak sependapat idea selalunya akan datang mencurah-curah," katanya.
Bercakap mengenai perkembangan terbaharu Hael berkata, mereka merancang untuk melancarkan single tetapi akan memberi fokus kepada pertandingan Muzik-Muzik 31 terlebih dahulu.
Katanya, mereka teruja apabila lagu Mencinta layak bertanding di peringkat separuh akhir dan menyifatkan ia sebagai satu pengiktirafan.
"Alhamdulillah impian kami untuk beraksi di pentas Muzik-Muzik akhirnya tercapai dan apa yang perlu kami lakukan kini adalah memberi persembahan terbaik pada separuh akhir nanti.
"Siapa yang tidak mahu masuk AJL (Anugerah Juara Lagu) dan berharap kami dapat beraksi di pentas berprestij itu tetapi pada akhirnya ia terpulang pada rezeki," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: