Wednesday, March 2, 2016

Misteri Sungai Mendidih di Peru



Misteri Sungai Mendidih di Peru
Misteri Sungai Mendidih di Peru
DI tengah-tengah hutan Amazon di Peru, sekumpulan saintis percaya mereka telah menemui sungai haba terbesar di dunia dengan suhu panas hampir 86 darjah celcius.
Diberi nama Sungai Mendidih dan Mayantuyacu oleh penduduk tempatan, ia mengalir sepanjang lebih 6 kilometer (km), 80 meter lebar dan mempunyai kedalaman 5 meter.
Malah, suhu sungai ini juga dianggap luar biasa kerana ia bukan gunung berapi, dan kawasan gunung berapi aktif terdekat sebenarnya adalah sejauh lebih 700 km.
Difahamkan, beberapa bahagian sungai dikatakan begitu panas sehingga pelbagai haiwan yang jatuh ke dalamnya pasti akan mati.
Menurut geosaintis Andres Ruzo, yang menjalankan Boiling River Project, fenomena di sungai itu mungkin disebabkan air yang berada di bahagian dasar membawa haba melalui keretakan untuk sampai ke permukaan bumi.
“Adalah penting untuk melindungi tapak ini. Langkah pertama adalah untuk mendapatkan struktur undang-undang dengan mengisytiharkan ia sebagai sebuah monumen kebangsaan Peru dan sekitar hutan tidak lagi dianggap terbuka untuk semua jenis pembangunan,” katanya. 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: