KUALA LUMPUR: Pelakon Fattah Amin berkata, tidak wujud isu cemburu kekasihnya Sherry Ibrahim apabila dia mendapat tawaran bercuti bersama peminat ke Bali, Indonesia yang pada mulanya bakal disertai pelakon baharu Ruhainies.
Sebaliknya kata Fattah, 25, pada awalnya dia sendiri tidak mengetahui artis manakah yang turut serta dalam percutian itu kerana tidak dimaklumkan oleh penganjur.
"Isu kononnya Sherry cemburu dengan percutian saya kerana turut disertai Ruhainies langsung tidak wujud kerana saya sendiri tidak tahu aktres itu akan menyertai rombongan berkenaan.
"Malah pihak penganjur tidak pernah memaklumkan apa-apa kepada saya mengenainya," kata Fattah.
Fattah ditemui pada sidang media pengumuman calon lima terbaik Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH 29) di Balai Berita NSTP Bangsar di sini, Rabu.
Pelakon yang popular menerusi drama Hello Mr Perfect itu tercalon menerusi kategori Pelakon TV Lelaki Popular.
Sementara itu, Ruhainies yang berada di majlis yang sama turut senada dengan Fattah mengenai perkara berkenaan.
Bagaimanapun kata Ruhainies, selepas membaca laporan mengenainya pada Ahad lalu, dia ada bertanya dengan pihak penganjur dan mereka memaklumkan namanya dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

"Saya tidak pasti apa sebab sebenar nama saya dibatalkan kerana saya tidak diberitahu mengenainya tetapi yang pasti bukan kerana ada pihak cemburu seperti didakwa.
"Saya tidak lihat ada sebarang sebab mengapa Sherry ingin cemburu kerana kami tiada masalah malah hubungan saya dengan Fattah pun professional. Saya tahu batasan saya sebagai seorang wanita" ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Fattah berkata, dia bakal membintangi filem pertamanya bawah arahan Syafiq Yusof tidak lama lagi.
Kata Fattah, dia teruja dengan projek berkenaan kerana ia bakal menggandingkannya dengan pelakon Datuk Rosyam Nor.
"Nama filem belum tahu lagi tetapi ia sebuah karya aksi dan saya begitu teruja kerana ini adalah naskhah pertama saya dan dapat bergandingan pula dengan nama besar seperti Rosyam," ujarnya.
Ditanya mengenai pencalonan lima terbaik ABPBH 29, Fattah berkata, dia terkejut namun gembira dengan berita berkenaan dan ia adalah usaha keras peminatnya.
"Jika bukan kerana peminat yang mengundi mungkin tiada nama saya. Saya bersyukur sangat dan menang kalah itu adat pertandingan," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: