KUALA LUMPUR: Yusry Abdul Halim dan isterinya Lisa Surihani tidak berhasrat memberi hak eksklusif kepada mana-mana stesen televisyen termasuk Astro untuk mendedahkan gambar anaknya Yahaira Leanne.
Yusry berkata, mereka masih tetap berpegang kepada prinsip dan keputusan bersama untuk tidak kerap mendedahkan gambar anak sulung mereka yang kini berusia enam bulan itu.
"Pertama kali pihak Astro bertanyakan tentang sebuah rancangan untuk memperkenalkan Yuhaira, kami menolak kerana itu sudah bertentangan dengan kenyataan kami sebelum ini iaitu tidak mahu mendedahkan wajah bayi itu.
"Kemudian mereka akur dan bersetuju dengan cadangan kami untuk program yang berkongsi pengalaman bagaimana pertama kali menjadi ibu-bapa," ujarnya kepada mStar Online.
Pasangan itu ditemui pada pelancaran program eBu Babypedia yang diadakan di Grand Duchess, Fraser Place, di sini, Selasa.
Bagaimanapun, Yusry berkata, ia tidak bermaksud mereka langsung tidak mahu berkongsi wajah anak mereka namun akan berbuat demikian jika diperlukan.

"Ia bukan bermakna kami tidak langsung mahu kongsi gambarnya, jika ia perlu dan pada masa yang sesuai atau saya rasa ingin kongsi, saya akan lakukan.
"Dalam rancangan televisyen ini ada beberapa babak juga yang kami dedahkan wajahnya iaitu ketika majlis aqiqah kerana macam tidak logik pula kalau dia tidak kelihatan di majlis itu," ujarnya.
Yusry dan Lisa berkahwin pada Februari 2012 dan dikurniakan cahaya mata perempuan pada 15 September 2015.
Sementara itu, Lisa berkata, enam bulan memikul tanggungjawab sebagai ibu memberinya sebuah pengalaman yang cukup indah dan bermakna.

Katanya, tanggungjawab itu membuatkan dia terpaksa meletakkan beberapa syarat sebelum menerima sebarang tawaran berlakon.
"Tanggungjawab saya sudah berbeza selepas adanya anak, saya lebih memilih terutamanya dari segi lokasi penggambaran dan masa berlakon juga tidak terlalu panjang.
"Kalau boleh saya tidak mahu terlalu lama berpisah dengan anak, jika saya bawa anak ke lokasi pula akan memisahkan dia dengan ayahnya pula," ujarnya.
Dalam pada itu, bercerita tentang program berkenaan, Lisa berkata, dia banyak berkongsi tentang petua dan tradisi yang boleh memberi maklumat kepada mereka yang baru bergelar ibu-bapa.
Katanya, rancangan tersebut secara tidak langsung juga menambah pengetahuannya dalam membesarkan anak mereka.
"Program ini bagus untuk semua yang baru menjadi ibu-bapa kerana beberapa tradisi yang kami tonjolkan dalam rancangan ini mungkin jarang kita dengar.
"Kadang-kadang ada yang pernah dengar tapi kita kurang mengambil berat, walhal perkara itu penting untuk bayi kita," ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: