BAKAT melawak yang dimiliki penyanyi kelahiran Filipina, Mark Adam semakin mendapat perhatian selepas menyertai program lawak muzikal, Juara Parodi.
Malah, atas usahanya itu juga, siapa sangka selebriti berusia 36 tahun ini turut tersenarai dalam pencalonan akhir Artis Lawak MeleTOP bagi Anugerah MeleTOP Era (AME) 2016, baru-baru ini.
Meskipun selesa bergelar pelawak, pelantun lagu Marry Me ini mengakui karier nyanyiannya tetap menjadi pilihan utama.
“Apabila saya digelar pelawak, itu bermakna peminat suka dengan komedi saya. Lagi pula, saya juga suka melihat orang gembira dan terhibur.
“Tetapi, apa-apapun, kerjaya nyanyian saya tetap nombor satu. Saya baru saja melancarkan single dan muzik video baharu, Berat,” katanya.
Namun, Mark atau nama Islamnya, Fikri Mark Adam mengakui semakin aktif dalam lakonan.
Terbaharu, pelantun lagu Pencuri ini baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri, Suami Tanpa Cinta di samping Shukri Yahya dan Janna Nick.
“Ini adalah drama ketiga lakonan saya selepas Haji Rock dan Plan Cinta Tak Jadi.
“Saya minat dalam bidang ini kerana saya mempunyai keinginan mempelajari sesuatu perkara yang baru.
“Sebenarnya, memang susah berlakon dan saya perlu banyak belajar terutama apabila bahasa Melayu saya masih kurang fasih,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mark kini menjadi salah seorang tenaga pengajar menerusi program realiti, Ceria PopStar di samping penyanyi, Jaclyn Victor dan Black Hanafiah.
“Saya sangat bertuah dan berbesar hati apabila Astro memilih saya. Sejak daripada dulu lagi saya memang suka kanak-kanak,'' katanya.
Bahkan, Mark mengakui tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan tugasnya lantaran berpengalaman mengajar pasukan koir kanak-kanak, sebelum ini.
“Mengajar kanak-kanak berbeza dengan dewasa. Kita perlu fahami perasaan setiap kanak-kanak ini, apa yang mereka suka dan apa yang mereka tidak suka.
“Insya-ALLAH, saya akan guna pendekatan saya setiap kali mengajar mereka,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: