Tuesday, March 29, 2016

Minah (Girls Day) Ajar Bahasa Korea Menerusi Sitkom




Minah bakal muncul dalam sitkom berjudul Hello, Our Language.
PENYANYI Minah dilaporkan bakal muncul dalam sebuah sitkom berjudul Hello, Our Language  untuk mengajar penonton menggunakan bahasa Korea dengan betul.

Allkpop melaporkan Minah yang juga anggota kumpualan Girls Day akan bergandingan dengan pengacara Kang Seung Hwa mengendalikan program berkenaan.
Konsep komedi digunakan bagi menarik perhatian penonton selain segmen Minah hanya berdurasi tiga minit sahaja.

"Minah akan memainkan watak seorang wanita yang ingin mencari pekerjaan dan menerusi sitkom itu nanti beberapa kejadian menarik menimpanya sekali gus dapat mengajar penonton tentang bahasa Korea," menurut wakil syarikat pengurusannya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: