PENYANYI Adele dilaporkan mahu berehat selama lima tahun dari karier muziknya selepas konsert jelajahnya tamat pada penghujung tahun ini.
Daily Mail melaporkan penyanyi lagu Hello itu mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan anak lelakinya, Angelo yang kini berusia tiga tahun.
"Adele mahu berehat selama lima tahun dari bidang muzik sebelum melancarkan album seterusnya kerana ingin memberi tumpuan kepada anak lelakinya.
"Dia tidak mahu terlepas peluang melihat anaknya membesar dan sanggup meninggalkan karier seninya buat sementara waktu.
"Sejurus selesai sahaja konsert jelajah dunianya dia akan berehat," kata sumber terdekat penyanyi itu.
Sebelum ini Adele pernah menyepikan diri selama tiga tahun sebelum muncul dengan album ketiganya berjudul 25.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: