RAMAI iri hati apabila Mackenzie Kaplan memuatnaik foto bayinya, Isabelle ke laman foto Instagram.
Bayi hasil perkongsian hidup Mackenzie bersama Dave mempunyai keunikan sendiri apabila lahir bersama rambut yang tebal.
"Bayi ini macam sudah bersedia untuk menjadi pembaca berita," kata sepupu Mackenzie di laman Reddit selepas memuatnaik gambar anak saudaranya itu.
Isabelle yang kini berusia dua bulan juga sentiasa tersenyum dan mempunyai senyuman yang manis, kata pasangan tersebut yang tinggal di San Francisco, Amerika Syarikat.
Tak cukup dengan populariti akibat rambut tebal, foto Isabelle juga diubah menggunakan photoshop dan 'ditampal' ke foto-foto lain seperti gambar perwira dan malaikat.
"Bayi baru lahir sepatutnya botak! Isabella mempunyai rambut yang lebih cantik dari rambut saya!" kata Kristopher Hough di laman sama.
Dave dan Mackenzie nyata terhibur dengan komen orang ramai dan bersyukur kerana kelahiran Isabelle memberikan sinar gembira dalam hidup mereka.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: