MUNGKIN tidak ramai yang tahu mengenai khasiat biji labu di dalam kesihatan khususnya kepada lelaki.
Mengikut kajian, biji labu mengandungi sumber vitamin, mineral dan antioksida yang memberi manfaat kepada kesihatan badan.
Menyedari khasiat itu, Pengurus Pemasaran Armann Amani Global, Shahfiq Izham Shaari melahirkan idea inovasi produk daripada biji labu sekitar April tahun lalu.
Beliau melaburkan RM15,000 bagi tujuan pembangunan dan penyelidikan (R&D) selama dua hingga tiga bulan bagi menghasilkan produk makanan tambahan khusus untuk lelaki yang dikenali sebagai M2B.
“Saya mendapat idea ini daripada abang saya yang mengalami masalah air kencing tidak lawas.
“Bermula daripada situ, saya dan abang membuat kajian tentang masalah itu dan akhirnya mengetahui bahawa penyelesaian adalah dengan menggunakan biji labu," katanya ketika ditemui Sinar Harian, baru-baru ini.
Menurutnya, pihaknya mendapatkan khidmat nasihat pakar kesihatan yang berpengalaman bagi menghasilkan produk tersebut.
Katanya, selepas beberapa kajian akhirnya pihaknya menggabungkan saw palmetto dan biji labu di dalam produk itu.
Mengulas lanjut, Shahfiq Izham berkata, terdapat banyak syarikat yang menghasilkan produk seumpama ini menggunakan saw palmetto di pasaran tetapi di dalam bentuk cecair.
“Kami adalah syarikat Bumiputera pertama yang menggabungkan saw palmetto dan biji labu di dalam bentuk tablet kunyahan,” katanya.
Shahfiq Izham berkata, M2B juga mempunyai pengesahan Kementerian Kesihatan (KKM) dan sedang menunggu pengiktirafan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam tempoh terdekat.
Produk tiga dalam satu
Menurutnya, M2B adalah produk yang baik untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas, menambah tenaga dan mengatasi masalah sendi.
Katanya, banyak produk di pasaran hanya menumpukan satu jenis masalah kesihatan tetapi M2B mempunyai tiga fungsi dalam satu.
Shahfiq Izham berkata, pihaknya juga menerima maklum balas yang sangat menggalakkan daripada pengguna selepas enam bulan diperkenalkan di pasaran.
“Rata-rata mereka berpuas hati dengan kesan yang diperoleh. Produk ini boleh digunakan oleh lelaki berusia 18 tahun ke atas. Tetapi rata-rata yang mengalami masalah kencing tidak lawas berusia di antara 40 tahun ke atas,” katanya yang pernah bekerja sebagai juruteknik.
Mengulas berhubung bahan-bahan, dia berkata, 100 peratus bahan yang digunakan diperoleh di pasaran tempatan seperti biji labu, kurma, habbatus sauda dan tongkat ali.
Sasar ke luar negara
Armann Amani Global merancang untuk memasuki pasaran luar negara dalam tempoh tiga bulan ini.
Shahfiq Izham berkata, pihaknya akan bermula dengan Asia Tenggara sebelum meneroka ke pasaran negara Islam lain.
“Kita berhasrat ke Mesir dan Arab Saudi pada masa akan datang,” katanya.
Buat masa ini, M2B hanya dijual di pasaran tempatan secara dalam talian (online) menerusi laman web www.naturegrowth.com, ejen dan farmasi.
Shahfiq Izham berkata, pihaknya mempunyai 15 ejen dan memasuki 15 farmasi di sekitar Selangor.
Mengulas berhubung jualan, 50 peratus jualan produk datang daripada online menerusi Facebook dan Instagram.
Katanya, jualan semakin meningkat daripada 500 unit sebulan kepada 5,000 hingga 10,000 unit sebulan.
“Kami sasar untuk jual sehingga 20,000 unit M2B sebulan pada masa akan datang,” katanya.
Mengenai ejen, Shahfiq Izham berkata, setakat ini pihaknya mempunyai ejen di sembilan negeri termasuk Singapura.
Tahun ini, Armann Amani Global berhasrat untuk menambah stokis dan ejen sehingga 100 di seluruh negara.
Atas sambutan yang menggalakkan, Armann Amani Global turut menambah kuantiti daripada 30 biji kepada 50 biji dengan harga yang sama iaitu RM69 sebotol.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: