Wednesday, March 2, 2016

Keunikan burung camar Inca



Keunikan burung camar Inca
burung camar Inca
SECARA  fizikalnya, burung camar Inca sama seperti kebanyakan burung lain. Namun, apa yang membezakannya ia mempunyai sejalur bulu putih yang kelihatan seperti misai.
Menariknya, misai dimiliki burung jantan dan betina. Selain sebagai perhiasan yang mencantikkan lagi rupa, misai tersebut juga membawa maksud tersendiri di mana lebih panjang misai, lebih sihat haiwan itu.
Burung camar Inca yang berasal daripada keluarga Sturnidae ini membiak di sepanjang pantai berbatu di barat Amerika Selatan, dari utara Peru ke tengah Chile.
Difahamkan, pengurangan stok ikan bilis kerana tangkapan ikan komersial telah menjejaskan pembiakan Inca dan seterusnya membawa kepada kepupusan spesies itu.
Selain itu, faktor alam seperti taufan dan pemangsa seperti tikus serta kucing di beberapa pulau turut menyumbang kepada pengurangan pembiakan Inca.
Jika satu masa dahulu bilangannya mencecah jutaan ekor, anggaran jumlah semasa adalah telah menurun kepada lebih 150,000 dan kini disenaraikan sebagai hampir pupus oleh  Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: