Monday, March 28, 2016

Suho (EXO) Tak Pernah Dilanda Kontroversi




Suho memberitahu kesibukannya bersama kumpulan EXO menyebabkan dia tidak pernah dilanda sebarang kontroversi.
PENYANYI Suho menyifatkan kesibukannya bersama kumpulan EXO menyebabkan namanya tidak pernah dilanda sebarang gosip atau pun kontroversi.
Suho atau nama sebenarnya Kim Joon Myeon berkata, dia bersyukur masih dapat mengekalkan imej baik kerana sentiasa berpegang kepada pesanan ibu bapanya agar menjaga maruah keluarga.

"Tiada apa yang boleh digosipkan kerana saya sendiri tiada kehidupan peribadi malah saya sangat sibuk dengan jadual bersama EXO.

"Bagaimanapun ia baik untuk saya kerana dapat mengekalkan imej bersih dan sentiasa berpegang kepada pesanan kedua ibu bapa saya agar menjaga nama baik keluarga," katanya seperti dilaporkan Soompi.

Suho bakal muncul dalam filem terbaharu lakonannya berjudul Glory Day yang turut dibintangi oleh Ryu Jun Yeol, Ji Soo dan Kim Hee Chan.

Ia mengisahkan mengenai empat sahabat yang melancong sebelum mereka ditimpa pelbagai kejadian aneh semasa percutian tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: