Tuesday, March 29, 2016

Zayn Malik Halau Ibu Bekas Tunang Dari Banglo



PENYANYI Zayn Malik, 23, mahu mengusir Debbie Edwards iaitu ibu kepada bekas kekasihnya, Perrie Edwards dari sebuah rumah yang dibeli pada 2014.

Bekas anggota One Direction itu membeli rumah berkenaan selepas dia bertunang dengan Pierrie, 22, selama dua tahun namun hubungan itu putus selepas Zayn dikatakan mengkhianati cinta kekasihnya itu.

Dan kini, Zayn mahu Debbie segera keluar dari rumah berkenaan.
Debbie Edwards (kiri) bersama Perrie Edwards.
“Zayn sudah memaklumkan kepada Debbie agar segera meninggalkan rumah itu kerana dia mahukan banglo itu semula,” kata jurucakap pemuda berkenaan.
Malah Zayn turut memberi kata dua kepada Debbie sama ada mahu keluar dari rumah itu dengan baik atau berdepan tindakan mahakmah.

“Dia masih tinggal di rumah itu tetapi hartanah berkenaan didaftarkan atas nama Zayn, jadi wanita itu tiada harapan untuk mempertahankan diri jika tindakan undang-undang dikenakan,” kata jurucakap itu lagi.

Rumah banglo tiga bilik yang terletak di Pantai Timur Dorset itu  pada awalnya dianggarkan bernilai RM114 juta semasa dibeli pada 2014.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: