PENYAKIT Autisme atau Autistik tidak seperti mereka yang menghidap Sindrom Down.
Ini kerana, kanak-kanak yang menghidap Autisme nampak seperti kanak-kanak normal, namun mempunyai tingkah laku yang berbeza dari kanak-kanak normal.
Autisme adalah gangguan perkembangan neurologi yang menjejaskan perhubungan sosial, komunikasi lisan dan bukan lisan dan mempunyai tingkah laku terhad atau berulang-ulang.
Namun hari ini, tidak ramai yang tahu yang memahami apakah itu autisme dan apakah ciri-ciri mereka yang menghidapi penyakit ini.
Dan penggalaman Tunku Mona Riza Tengku Khalid, 49, yang pernah berhadapan dengan seorang kanak-kanak Autisme suatu ketika dahulu telah mendorongnya untuk menghasilkan sebuah filem yang mengentengahkan anak autisme.
"Segalanya bermula menerusi perbincangan saya bersama pihak Astro yang mencadangkan saya untuk mengarahkan sebuah telefilem mengenai budak yang buas.
"Tapi saya kata buas itu macam mana dan apa moral yang hendak kita sampaikan, lainlah kalau mengenai budak autisme.
"Dan tidak semena-mena, saya terimbau kembali pengalaman ketika saya muda, di mana saya menghadiri sebuah majlis di rumah kawan saya, saya panggil anak dia, dan anak dia buat tak tahu.
"Jadi emak dia tegur saya dan minta saya tidak berkecil hati kerana anaknya penghidap autistik.
"Walaupun ia sudah lama berlaku dan saya tiba-tiba menyebut mengenai anak autisme, namun ia telah mendorong saya untuk menghasilkan cerita seperti ini sebagai satu kesedaran kepada masyarakat," ujarnya kepada Zass.
Justeru ujar Mona, dia kemudiannya berjumpa dengan rakannya kembali dan meminta dia menceritakan kembali segala cabaran dalam membesarkan anak autisme.
"Saya sudah lama berkawan dengan rakan saya itu kerana kami sama-sama bekerja dalam bidang pengiklanan. Jadi saya minta dia ceritakan pada saya segala pengalaman dan cabarannya membesarkan anaknya kini yang sudah pun berusia sekitar 25 tahun.
"Dari cerita dia, ia menguatkan lagi semangat saya untuk menghasilkan filem mengenai anak autisme kerana walaupun kita berada di zaman moden, namun kesedaran dan pemahaman mengenai anak autisme masih kurang," jelasnya.
Dari situ, dia berkenalan dengan beberapa keluarga di mana mereka mempunyai ahli keluarga yang menghidapi autisme dan perkenalanan itu membawa dia mendekati keluarga Yong Yek Ming.
"Pencarian dan perkenalan saya dengan sesebuah keluarga ibarat permainan domino. Saya jumpa satu keluarga, ia membawa saya kepada satu keluarga yang lain.
"Namun ada di antara mereka rasa kurang selesa apabila saya meluahkan hasrat untuk mengikuti jadual seharian ahli keluarga mereka yang menghidapi autisme.
"Sehinggalah yang berjumpa dengan Yong, yang mempunyai anak autistik. Dia tidak kisah saya mengikuti keluarganya ke mana sahaja, malah saya boleh mengibaratkan diri saya sebagai bayang-bayang mereka kerana ke mana sahaja mereka pergi, saya dan pembantu saya akan mengikut mereka.
"Malah sepanjang hari bersama mereka, saya akan merakam apa juga tindak-tanduk anaknya dari segi makan, cara jalan, pergaulan," katanya.
Dari kajian dan pemerhatian selama dua tahun, Mona seterusnya menghasilkan skrip mengenai anak autisme, namun semua itu berubah-ubah mengikut kesesuaian.
"Karakter anak autisme yang dimainkan Harith Haziq diasaskan daripada dua anak autisme iaitu anak Yong iaitu Wei Xiang dan Hilman," katanya.
Selain pelakon cilik Harith Haziq, filem ini turut dijayakan Namron, Junainah, Izzy Reef, Nadiya Nissa, Remy Ishak, Ruminah Sidek dan Susan Lankester.
Bajet besar
Mona berkata, dia berasa bertuah apabila pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) mencadangkan untuk mengambil Pinjaman Kreatif yang ditawarkan oleh pihak BSN kepada mereka yang terlibat di dalam bidang seni.
"Saya memang sudah biasa melakukan penggambaran iklan bersama pihak BSN dan pihak BSN ada beberapa kali bercakap mengenai Creative Loan yang ditawarkan mereka.
"Jadi bila saya buat filem, saya tidak teragak-agak untuk membuat pinjaman tersebut daripada mereka dan mereka juga memberikan sokongan penuh terhadap filem ini," katanya.
Dengan bajet RM3.5 juta, Mona kemudiannya menjalani penggambaran di sekitar Pulau Redang dan beberapa lokasi lain.
Bagaimanapun dalam menyiapkan filem ini, dia sekali lagi berdepan dengan cabaran besar.
"Tidak dinafikan saya meletakkan diri saya dalam risiko apabila menghasilkan filem dengan bajet yang tinggi.
"Tapi saya tidak mahu buat kerja sambil lewa kerana filem ini juga sebenarnya melibatkan emosi.
"Malah dalam menyiapkan filem ini kita berdepan dengan beberapa cabaran antaranya terpaksa berhadapan dengan ombak besar ketika kita menjalani penggambaran di Pulau Redang.
"Ketika kita letak perahu di tepi pantai, ombak sangat besar dan dalam masa yang sama, Namron agak fobia dengan air dan ketinggian.
"Sudahlah dia risau ombak besar, kemudian bila dia kena panjat batu tinggi, dia agak risau juga. Tapi Alhamdulillah masalah itu dapat diatasi," katanya.
Tambah Mona, dia juga turut menghantar Namron ke kelas renang untuk mengurangkan rasa fobia dia terhadap air dan juga sebagai satu persediaan buatnya.
"Saya mahu dia betul-betul selesa kerana ada beberapa babak melibatkan dia di dalam air. Jadi saya hantar dia ke 20 kelas renang dan Alhamdulillah dari tak tahu, dia kini sudah tahu berenang," jelasnya.
Pelakon hebat
Di tanya mengenai pemilihan pelakon, Mona berkata, Namron dan Ruminah pernah bekerja dengannya menerusi telefilem Parit Jawa dan pelakon lain di pilih selepas melepasi beberapa kritieria.
"Pemilihan Nadiya di buat selepas dicadangkan oleh bahagian uji bakat. Ketika saya membayangkan pelakon yang mempunyai rupa paras seperti ini dan karakter seperti itu, mereka terus sebut nama Nadiya Nisaa.
"Jadi saya ada lihat satu hasil lakonannya dan saya terus tertarik. Jadi bila saya minta dia datang berjumpa dan saya terus sampaikan apa yang saya mahu.
"Manakala Remy pula, pada awalnya, saya mahu menawarkan dia untuk sebuah watak dalam filem lain. Tapi sebabkan saya mahu fokus pada Redha dan kebetulan ada satu watak yang sesuai dengan karakter Remy di luar yang sangat merendah diri, jadi saya tawarkan dia berlakon di dalam filem ini," jelasnya.
Harapan Mona
Tambah Mona, apa yang menjadi harapannya kini, selepas keluarga yang mempunyai anak, adik, kakak, atau abang yang mempunyai penyakit autisme, mereka tidak malu atau janggal untuk keluar lagi selepas menyaksikan filem ini.
"Saya harap mereka yang mempunyai anak atau ahli keluarga yang mempunyai penyakit austime tidak malu lagi untuk keluar atau penat menjelaskan tindak tanduk mereka kepada masyarakat.
"Saya juga berharap, orang lain yang tidak mempunyai anak atau ahli keluarga autisme, boleh faham dengan tindak tanduk anak autisme selepas ini.
"Moga tiada lagi jurang antara anak autisme dengan mereka yang normal pada masa akan datang," akhirinya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: