BIARPUN kumpulan rock XPDC memiliki rekod buruk dalam persembahan Konsert Rockestra XPDC: Aku Masih Di Sini, tahun lalu, perkara itu langsung tidak menjejaskan penjualan tiket Konsert May VS XPDC yang bakal berlangsung 30 April ini.
Malah tiket VVIP berharga RM700 untuk menyaksikan konsert itu yang akan diadakan di Padang B, Plaza Angsana, Johor Bahru dikatakan sudah habis dijual.
Menurut Pengarah ARD Management Sdn Bhd, Ardiana Andi Mahmud yang juga penganjur konsert berkenaan, pihaknya berbesar hati dengan respons yang diberikan peminat.
“Tiket VVIP yang dianggarkan sebanyak 1,000 telah habis dijual sejak penjualan tiket dibuka baru-baru ini.
“Melihatkan respons itu, kami yakin peminat kedua-dua kumpulan legenda rock ini memang menantikan kemunculan mereka dalam konsert seperti ini.
“Jadi buat peminat yang belum mendapatkan tiket, mereka masih ada peluang untuk memiliki tiket yang dijual pada harga RM30, RM50 dan RM100,” katanya pada sidang media, baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai kerjasama dengan dua kumpulan rock itu, Ardina mengakui setakat ini baik May atau XPDC, kedua-duanya memberikan komitmen yang baik dalam membuat persiapan.
“Mereka telah pun menandatangani kontrak bersama kami dan sepanjang kerjasama ini, mereka memberikan komitmen yang baik termasuklah vokalis XPDC iaitu Mael.
“Kami memang mengharapkan konsert ini dapat berjalan seperti dirancang tambahan pula sokongan daripada peminat sangatlah memuaskan,” katanya.
Yakin pada penganjur
Mengulas lanjut mengenai persiapan konsert, vokalis kumpulan May iaitu Mus memberitahu konsert bakal menyaksikan 12 lagu popular untuk setiap persembahan solo.
“Sebenarnya tidak banyak yang kami boleh dedahkan sebab semuanya adalah kejutan buat peminat.
“Tapi secara keseluruhan, May akan sampaikan 12 lagu dan pada kemuncak konsert kami dan XPDC akan beraksi bersama dalam segmen battle. Buat masa ini kami masih belum membuat persiapan rapi sehinggalah awal April nanti.
“Lagipun untuk persembahan kami sendiri memang tidak ada masalah dan kami hanya mahu fokuskan pada persembahan battle kerana terdapat beberapa kejutan akan dilakukan,” katanya.
Melihatkan strategi yang diatur penganjur, May yakin konsert kali ini akan berjalan seperti dirancang.
“Kami yakin ia berjalan lancar tambahan pula penjualan tiket setakat ini dapat respons yang amat menggalakkan.
“Pihak penganjur juga sedang giat menjalankan promosi dan kami juga akan terlibat dengan siri jelajah untuk mempromosikan konsert ini ke beberapa lokasi di seluruh Johor.
“Namun jika ada sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan menyebabkan konsert ini tertangguh, kami berserah,” katanya.
Kumpulan May dan XPDC akan ke beberapa lokasi seperti di Kluang Mall (22 April), Kip Mart Masai (23 April) dan Pasir Gudang (24 April) untuk tujuan promosi konsert.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: