ALBUM The Mikraj merupakan projek khas yang menggabungkan lagu qasidah dan selawat, tetapi diberi nafas baharu serta lebih segar.
Demi memberi kelainan, album yang dizahirkan melalui cetusan idea penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun memilih empat vokalis daripada empat kumpulan nasyid berbeza.
Empat vokalis itu ialah bekas ahli kumpulan nasyid UNIC, Ahmad Fadzli Ab Aziz, 32, Wan Muhammad Taqiuddin Wan Hussin (Nice), 30, Adi Akmal Sehrom (Devotees), 29, dan Asyraf Yaacob (Nur One), 28.
Lebih senang dipanggil The Mikraj, Ahmad Fadzli menerangkan keistimewaan projek khas itu melalui muzik diterapkan.
"Biasanya, kita dengar qasidah mahupun selawat dalam muzik tradisional yang sememangnya sudah dikenali.
"Jadi, melalui album ini, kita menghasilkan sesuatu yang berbeza bahkan muziknya juga mengalami pembaharuan agar timbulnya konsep variasi.
"Mungkin, ia salah satu alternatif terbaik mendengar qasidah dan selawat dalam muzik lebih segar, moden dan pelbagai variasi vokal," katanya.
Katanya, walaupun The Mikraj diwujudkan atas dasar kerjasama bagi menjayakan projek khas, objektif utama tetap telus dan mendalam.
"Kita secara rasmi baharu ditubuhkan setahun lalu. Sebenarnya, itulah tempoh diambil untuk siapkan album The Mikraj.
"Dasarnya, memang semua rancangan Hafiz, tetapi ketika dalam proses rakaman, kita nampak apa misi dan visinya. Kita rasakan ia menarik," katanya.
Jelasnya, terlalu banyak dakwaan mengatakan industri nasyid tanah air kini merudum, namun hakikatnya perubahan perlu dilakukan segera.
"Kita lihat, artis dari luar seperti Harris J dan Humood Alkhudher datang ke Malaysia membawa lagu-lagu mereka yang bersifat kerohanian. Malah, setiap lagu disampaikan dengan lebih kreatif, moden dan segar. Bahkan, peminat menerima cara mereka.
"Antara kelemahan dalam industri terutama ketika menghasilkan produk baru, ia masih lagi tertakluk pada cara lama, patern, skala dan kualiti yang sama. Jadi, sudah tiba masa untuk lebih kreativiti.
"Jadi, industri tempatan juga perlu berubah dan bersaing dengan sihat. Insya-ALLAH, perubahan itu akan membawa kepada sesuatu yang positif," katanya.
Kata Wan Muhammad Taqiuddin pula, The Mikraj memuatkan lapan lagu yang menghimpunkan pelbagai qasidah dan selawat popular, namun diberi nafas baharu.
Lapan lagu itu ialah Qod Kafani, Maulaya Solli, Solatun Salam, Tholama Asyku Ghoromo, Busyrolana dan Qod Kafani versi Bahasa Melayu.
"Kita turut merakamkan semula lagu Ya Rasulullah dengan menampilkan Nazrey Johani.
"Kita juga turut menyelitkan single pertama, Cinta Kami, pengenalan The Mikraj. Lagu itu merupakan hasil ciptaan Hafiz," katanya.
Tambahnya lagi, album The Mikraj turut mendapat sentuhan daripada Hafiz sebagai penerbit.
"Bermula dari susunan muzik, vokal, kombinasi dan harmoni, kita melakukannya dengan cara berbeza. Malah, Hafiz turut meletakkan sasaran menempah ‘tiket’ ke Anugerah Industri Muzik (AIM).
"Walaupun album ini merupakan eksperimen buat kita, tetapi kita terkejut dengan pembikinannya malah berpuas hati dengan hasilnya," katanya.
Tanggungjawab kepada masyarakat
Tidak mahu bersifat ‘syok sendiri’, Adi Akmal meletakkan kepercayaan kepada peminat untuk menilai album tersebut.
"Kini, qasidah dan selawat boleh di dengar dalam elemen muzik moden yang tidak keterlaluan.
"Kita percaya peminat akan menyukainya kerana kita berpegang kepada dua perkara iaitu lagu dan cara pemasaran The Mikraj sendiri," katanya.
Pada masa sama, Adi turut mempercayai karakter dimiliki setiap individu penyumbang kejayaan The Mikraj.
"Masing-masing ada peminat sendiri. Insya-ALLAH, ia jadi kekuatan kita.
"Kita juga mahu tunjuk pada masyarakat mengenai keserasian dan kesepaduan suara kita dalam menyampaikan lagu qasidah dan selawat moden kepada masyarakat.
"Andai kata album ini diterima, kita nampak tanggungjawab kepada masyarakat menerusi medium The Mikraj.
"Malah, ia akan menjadi satu projek anjakan terhadap karier kita," katanya.
Menjadi ahli dalam dua kumpulan muzik secara serentak, kata Asyraf senario seperti ini sering kali berlaku dalam industri nasyid di negara ini.
"Sebenarnya, tidak wujud isu untuk meninggalkan kumpulan asal masing-masing, sebaliknya kita semua masih bergerak seiring. Daripada segi komitmen pula, kita akan melebihkan kepada mana yang perlu.
"Kita tidak lihat ia isu perpecahan, sebaliknya penghijrahan baharu dan lebih positif terutama dalam sudut penyampaian lagu menerusi unsur-unsur dakwah," katanya.
Tambahnya, situasi ini terjadi lantaran sifat industri nasyid itu sendiri yang lebih terbuka buat mana-mana pihak ingin menyertai apa sahaja kumpulan mahupun bergerak secara solo.
"Kita mahu bersifat umum kerana matlamat kita bukan nak memperjuang kumpulan, tetapi mesej dibawa.
"Jadi, selagi mana mesej itu boleh disampaikan, ia dilakukan walaupun dalam kumpulan lain," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: