Konsert Born Ti Beat Time yang menyasarkan seramai 14 ribu penonton selama dua hari dilaporkan tidak mendapat sambutan.
Antara faktor menjadi punca penjualan tiket lembab adalah disebabkan kumpulan ini baharu sahaja melakukan konsert pada Disember tahun lalu.
Selain itu, album Dear Bride yang dilancarkan pada Februari lalu bersama beberapa barangan membuatkan peminat-peminatnya kekurangan bajet untuk menyaksikan persembahan yang bakal diadakan itu.
"Keluarga saya tidak kaya untuk membeli semua produk yang dikeluarkan oleh BTOB dalam masa yang singkat ini," ujar seorang peminat.
"Pada saya masalahnya bukan kerana peminat sudah tidak ada duit tetapi BTOB yang tidak ada ramai peminat," ujar netizen lain.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: