SUNGAI PETANI: Seramai 10,000 pengunjung menghadiri Karnival Bangkit Suria FM yang berlangsung di ruang parkir Amanjaya Mall di sini Sabtu lalu.
Pengurus Pemasaran Suria FM, Asyikin Ridzwan berkata, kehadiran yang diluar jangkaan itu bukti strategi promosi berterusan di media sosial dan hebahan di radio berjaya menarik perhatian pengunjung menghadiri karnival berkenaan.
“Jika diikutkan seawal pukul 10 pagi lagi perkarangan parkir kereta Amanjaya Mall sudah mula dibanjiri pengunjung biarpun cuaca ketika itu panas terik.
"Tidak dinafikan perkara ini menjadi cabaran terbesar untuk kami pada saat negara kita sedang melalui musim panas terlampau ataupun elnino.
“Apapun ia tidak menghalang pengunjung untuk terus datang dan perkara itu membuatkan kami di Suria FM berasa cukup terharu," katanya.
Antara penyampai Suria FM yang turut berada di lokasi adalah seperti DJ Lin, Linda Onn, Baki Zainal, Naim Tahak dan Hafiz.

Peminat membanjiri tapak parkir kompleks Amanjaya Mall.
Dalam pada itu, Asyikin berkata, pelbagai aktiviti menarik diadakan pada karnival berkenaan dan paling mendapat perhatian adalah pameran kereta dan motosikal klasik, pertandingan karaoke tangkap leleh bersama DJ Lin, sesi lelong bersama Linda Onn dan gerai jualan berkonsepkan Food Trucks.
Manakala acara kemuncak iaitu Konsert Bangkit menjadi acara yang dinanti-nantikan pengunjung untuk menyaksikan persembahan artis-artis terkenal seperti Hazama, Maya Karin, Mya Mentor Milenia, Amirah Othman dan Adibah Noor dengan lebih dekat.
Menerusi konsert yang berlangsung tepat jam 9 malam itu, Maya Karin memulakan persembahan menerusi tiga buah lagu iaitu Laskar Pelangi, Serik Dengan Cinta dan Skyfalldiikuti Amyrah Othman dengan dua buah lagu iaitu Hati-Hati dan Gerimis Mengundang.
Mya pula memukau penonton dengan vokal mantapnya menerusi tiga buah lagu iaituAkhirnya kini Pasti, Ikut Rentakku dan Fantasia Bulan Madu sebelum Adibah Noor tampil dengan lagu Keabadian Cinta, Hujan dan Terlalu Instimewa.
Kemuncak persembahan, Hazama bagai mengundang histeria pengunjung apabila berjaya menyampaikan tiga buah lagu keramatnya iaitu Relakan Jiwa, Sampai Mati dan Cinta Teragung dengan penuh emosi sebelum menamatkan acara dengan lagu tema Bangkitbersama semua artis dan penyampai Suria FM.
Selepas Sungai Petani, Kedah, Jelajah Karnival Bangkit seterusnya akan menemui warga Johor Baru pada 2 April dan di Kuantan, Pahang pada 16 April depan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: