PETALING JAYA: Selepas 20 tahun tidak muncul dengan persembahan berskala besar, kumpulan Slam akan tampil dengan sebuah konsert yang dikenali Konsert Kurnia Slam pada 14 Mei depan di Star Expo Centre, Kenanga Wholesale City, dekat sini.
Shah atau nama sebenarnya Shah Nizam Abdul Halim selaku ketua kumpulan itu berkata, konsert hampir dua jam itu adalah hadiah buat peminat yang sekian lama begitu sabar menanti buah tangan terbaharu mereka.
"Selepas Konsert Unplugged Slam yang berlangsung di Stadium Negara pada 3 Ogos 1996, kami tidak tampil dengan sebarang konsert berskala besar. Cuma pada 2012, kami ada jayakan Konsert Slam Kembali Merindu di Singapura.
"Ini saat yang kami nanti-nantikan apatah lagi kesihatan Zamani kini semakin beransur pulih dan dia begitu bersemangat untuk menjayakan konsert ini,” katanya.
Slam ditemui pada sidang pengumuman konsert berkenaan yang berlangsung di Talent Lounge, Damansara Pedana, di sini pada Khamis.

Sementara itu vokalis Slam iaitu Zamani turut meluahkan rasa rindunya untuk bertemu peminat menerusi sebuah konsert yang disifatkannya sebagai perjumpaan semula ataupun reunion.
"Saya senang sifatkan konsert ini sebagai sebuah konsert reunion Slam bukan sahaja pertemuan semula sesama anggota tetapi juga dengan peminat.
"Dalam durasi hampir dua jam persembahan, Insya-Allah saya akan sampaikan lebih 25 buah lagu popular dengan pembahagian beberapa segmen termasuk rangkaian lagu-lagu secara medley," katanya.
Tambahnya Zamani lagi, dalam merancakkan perjalanan konsert tersebut, mungkin akan ada penyertaan beberapa artis muda yang pernah membesar dengan lagu-lagu Slam untuk turut sama membuat persembahan.
Bagaimanapun semua itu masih dalam perancangan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: