PETALING JAYA: Pengacara dan penyampai radio Fara Fauzana sedar salah satu sebab dirinya gagal tersenarai sebagai finalis Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian Ke 29 (ABPBH29) kerana tiadanya kelab peminat.
Bagaimanapun, Fara, 36 berkata, dia tidak berminat untuk menubuhkan kelab peminat untuk menyokong kerjaya seninya seperti yang dilakukan kebanyakkan artis masa kini.
"Trend artis sekarang ada kelab peminat, manakala saya pula tidak pernah ada kelab peminat sejak bergelar selebriti. Pernah ada seorang individu menawarkan khidmat untuk kendalikan kelab peminat saya, tapi saya tolak sebab bagi saya ia tidak mendatangkan apa-apa faedah.
"Saya lebih suka berkomunikasi secara terbuka kepada peminat-peminat saya. Kalau ada kelab peminat banyak hati yang perlu dijaga dan akan menjadi lebih rumit," ujarnya.
Fara berkata demikian ketika diminta mengulas tentang namanya yang tidak tercalon dalam sebarang kategori di ABPBH29 yang diumumkan baru-baru ini.
Fara pernah memenangi kategori Anugerah Pengacara TV Wanita Popular ABPBH 2005 – 2012 dan juga Anugerah Penyampai Radio Wanita Popular ABPBH 2006 – 2014.
Dalam pada itu, Fara berkata, dia tidak terkilan apabila namanya tidak tersenarai sebagai finalis dalam mana-mana kategori Anugerah Bintang Popular 29 (ABPBH29) yang diumumkan Rabu lalu.
Katanya, dia mahu memberi peluang dan laluan kepada muka baharu untuk bertanding pada tahun ini.
"Nama saya ada pada senarai pencalonan awal bagi kategori Penyampai Radio Popular tapi tidak ada rezeki saya untuk tahun ini.
"Tidak mengapalah, saya tidak sedih atau terkilan dan biarlah saya bagi peluang kepada muka-muka baharu pula untuk bertanding," ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: