Datuk Bandar Aceh, Illiza Sa'aduddin Djamal ketika menghentikan acara berkenaan.
BANDA ACEH - INDONESIA . Datuk Bandar Aceh, Illiza Sa'aduddin Djamal menghentikan acara pemilihan model Aceh di Aula Hotel Grand Nanggroe, Banda Aceh ketika mana acara itu sedang berlangsung.
Memetik laporan Serambinews.com acara yang berlangsung pada Ahad lalu itu dinamakan 'Indonesian Model Hunt 2016' yang mana ia diikuti ratusan peserta dari seluruh Aceh.
Ia dihentikan kerana acara itu didapati tidak mematuhi syariat Islam.
Pada hari kejadian, Illiza bersama pegawainya masuk ke Hotel Aula lingkungan jam 11.00 pagi dan mendapati sejumlah model dengan pakaian yang tidak menutup aurat.
"Agensi dan semua peserta yang berpakaian tidak sopan, segera ke balai polis. Kita selesaikan nanti di sana," ujar Illiza.
Tambahnya, program itu dijalankan tanpa izin pihak berkuasa dan tidak mematuhi syariat Islam.
Pada program itu, para peserta mengenakan berbagai jenis pakaian iaitu hitam-putih, casual, batik dan pakaian pesta.
Ada beberapa peserta memakai pakaian yang mematuhi syariat, namun sebahagian besar mengenakan pakaian 'ala barat'.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: