DALAM kalangan masyarakat Melayu, salah satu alternatif menyembuhkan pelbagai jenis penyakit adalah dengan merujuk kepada bomoh.
Amalan ini bukan baharu malah diwarisi sejak turun temurun lagi dan menariknya, kepercayaan terhadap magik bomoh itu masih menebal dan diikuti sehingga kini.
Bukan sekadar menjadi rujukan perubatan dalam menyembuhkan penyakit misteri, khidmat bomoh masih menjadi pilihan malah untuk sakit-sakit biasa termasuk sakit kronik seperti kanser.
Peliknya, masyarakat khususnya golongan tua percaya bomoh mampu mencegah penyakit kanser ini dari merebak hinggakan berlaku dalam satu-satu keadaan bomoh dianggap lebih hebat dan mujarab berbanding mendapatkan rawatan di hospital.
Alasan mereka, keadah rawatan di hospital lebih menyakitkan dan tidak membawa kepada kebaikan.
Bagi Pakar Perunding Radiologi Hospital KPJ Perdana, Dr Nik Munirah Nik Mahdi, kepercayaan seperti ini perlu dikikis dalam diri pesakit ataupun keluarga kerana ia boleh membawa kemudaratan.
Katanya, ada dua kategori pesakit yang akhirnya terlibat dalam kancah bomoh iaitu mereka yang mengetahui daripada awal menjadi mangsa serangan barah dan mereka yang tidak tahu selama ini dia mempunyai sel barah di peringkat awal.
“Bagi yang tidak mengetahui keadaan dirinya diserang barah peringkat awal, mereka pergi mendapatkan rawatan bomoh kerana menyangka ia bukan barah.
“Satu lagi kategori di mana dia tahu dia mengidap barah, namun atas rasa takut dan halangan keluarga untuk mendapatkan rawatan di hospital, mereka memilih jalan tradisional.
“Namun, hakikatnya, tiada bukti yang mengesahkan bomoh boleh mencegah barah. Apabila sampai tahap tiga atau empat, sel barah itu akan merebak, busuk dan pecah sehingga boleh membawa kematian,” katanya lagi.
Tambah Nik Munirah, kepercayaan seperti ini jelas memberi kesan buruk kepada pesakit dan memohon agar wanita-wanita yang berisiko datang ke hospital untuk mengesan penyakit yang mereka hadapi.
“Barah payudara adalah membunuh nombor satu wanita dan diikuti pangkal rahim, paru-paru dan perut. Mengikut statistik etnik di Kelantan, golongan Melayu paling ramai mengidap penyakit ini diikuti Cina dan India. Ini kerana kepadatan penduduk Melayu yang melebihi kaum lain.
“Majoriti pesakit akan datang ke hospital apabila sudah habis berikhtiar dengan cara tradisional di mana ketika itu mereka sudah berada di tahap ketiga atau keempat.
“Sekiranya mereka datang awal, kita boleh memberikan rawatan sewajarnya namun, bila sudah di tahap bahaya, kita terpaksa membuat pembedahan membuang payudara dan menjalani rawatan susulan, kimoterapi,” katanya.
Amal gaya hidup sihat
Dalam pada itu, Dr Nik Munirah turut berkongsi kategori wanita yang berisiko mendapat serangan barah payudara. Antaranya adalah faktor keturunan di mana ibu atau adik-beradik perempuan mengidap barah, datang haid di usia terlalu muda dan menopaus di usia terlalu tua.
“Selain itu, lambat hamil, tidak pernah hamil juga adalah salah satu risiko kepada penghidap. Sel barah ini juga turut menyerang perokok, terlalu terdedah kepada radiasi tinggi dan meminum alkohol.
“Tanda-tanda awal yang boleh dikesan adalah ketulan yang majoritinya tidak sakit, keluar cecair berwarna putih, kuning, hijau dan hitam di salah satu salur puting dan apa jua perubahan mendadak yang dikesan pada badan.
“Pesakit juga akan mengalami kulit payudara menjadi keras dan berkerutu, payudara menjadi besar atau kecil, puting terperosok ke dalam dan benjol di ketiak di mana barah ini menyerang kelenjar ketiak terlebih dahulu,” katanya.
Katanya lagi, wanita yang berisiko menghidap barah ini adalah dari lingkungan usia 40 tahun ke atas dan wanita yang mempunyai keturunan barah perlu membuat pemeriksaan memogram seawal usia 35 tahun.
“Di Kelantan, kanak-kanak berusia lima tahun adalah pesakit barah payudara termuda di negeri ini dan memerlukannya membuat pembedahan.
“Pada usia lapan tahun, sel barah itu kembali menyerang dan dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). Kini, dia sedang menjalani rawatan kimoterapi sebagai rawatan susulan,” jelasnya.
Tambah bekas Penyelaras Pusat Sumber Kanser Payudara Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) ini, gaya hidup sihat mampu mencegah dari dijangkiti barah.
“Seperti yang kita semua tahu, segala penyakit ini bermula dari perut. Kita perlu memastikan apa yang kita makan itu bersih dan terhindar daripada kotoran dan air tercemar.
“Elakkan dari makanan segera yang mempunyai kolesterol tinggi dan makanan ringan yang mempunyai bahan-bahan pengawet. Kurangkan pengambilan ayam proses kerana ia tidak bagus untuk kesihatan.
“Lebihkan mengambil makanan yang tinggi antioksidan seperti brokoli, saleri, bayam dan kubis. Untuk buah-buahan pula, kita digalakkan mengambil semua jenis ‘berry’ seperti strawberry, blueberry dan delima. Banyakkan pengambilan vitamin C seperti limau mandarin dan betik,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: