GADIS berusia 21 tahun ini pernah dilanda kontroversi tahun lalu ketika dia bergelar salah seorang peserta Dewi Remaja 2015.
Ini kerana, dia tersilap memberikan komen mengenai GST dalam sebuah temu bual bersama sebuah program hiburan tempatan H Live.
Pun begitu, kontroversi berkaitan isu GST itu reda selepas empunya nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid ini memohon maaf kerana tidak peka dengan isu semasa.
Menganggap kontroversi berkenaan sebagai pengajaran, pelakon dikenali sebagai Mawar Rashid ini berkata, dia tidak pernah berasa perkara tersebut menaikkan namanya sehingga dikenali dalam industri seni.
"Perkara tersebut sudah berlalu, memang ketika itu banyak benda yang saya rasakan. Sedikit sebanyak ia menjejaskan personaliti saya.
"Bagaimana pun, saya belajar daripada apa yang berlaku. Sekarang, saya hanya fokus dalam bidang lakonan dan berhasrat untuk menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelum ini.
"Yang penting saya sentiasa berfikiran positif menangani perkara-perkara negatif seperti kontroversi tersebut," katanya sedang popular menerusi drama bersiri Tundukkan Playboy Itu.
Berkongsi kedudukannya sebagai pelakon semakin popular kini, Mawar memberitahu, penampilan menerusi Tundukkan Playboy Itu mendapat respons baik daripada peminat dan penonton.
"Ramai tidak suka karakter saya menerusi drama bersiri itu, rasanya saya berjaya merealisasikan watak tersebut di mata mereka.
"Bagaimana pun, tidak bermakna ia dapat memuaskan hati semua orang. Saya mahu pastikan setiap karakter di bawa tampak lebih hidup selepas ini," katanya.
Jelasnya, menjadi Elfira juga merupakan cabaran besar.
"Ia berbeza dengan diri saya, Elfira seorang yang angkuh dan suka meninggi diri. Jadi saya perlu lakukan banyak 'homework' demi menjadi Elfira," katanya.
Di tanya apakah dia mengikuti kelas lakonan untuk meningkatkan kemahiran lakonan, ujar pelakon kelahiran Kelantan ini, sehingga kini dia belum berkesempatan melakukan perkara itu.
"Saya tidak pernah mengikuti kelas lakonan. Menang teringin nak pergi, tetapi kekangan masa menjadi faktor utama.
"Sebagai pelakon baharu, saya yakin ilmu menerusi kelas lakonan dapat meningkatkan dan memantapkan mutu lakonan seseorang itu.
"Insya-Allah, jika berpeluang saya mahu mengikuti kelas lakonan pelakon hebat Fauziah Nawi," kata pelakon 2000 KM Ke Al-Haram ini.
Gemar ekpresi diri
Dalam pada itu, pelakon pernah popular menerusi laman sosial Keek ini berkata, bidang lakonan adalah kerjaya tepat bagi dirinya.
"Dahulu saya gemar ekspresikan diri di laman sosial. Kini, apabila berpeluang bergelar pelakon, kesempatan ini saya ambil untuk mengekspresikan apa yang ada dalam diri.
"Saya mahu menunjukkan bakat sebenar kepada dunia luar yang menjanjikan sesuatu lebih berharga kepada saya, bukan sekadar di laman sosial sahaja.
"Jadi saya harap, orang industri khususnya pengarah dan penerbit dapat melihat keterujaan saya terhadap bidang ini," katanya.
Tambah Mawar, dia juga masih dalam proses mengenali industri seni tempatan.
"Syukur kerana ramai membantu dan memberi tunjuk ajar sehingga berada di tahap ini.
"Walau pun masih hijau, namun peluang bertemu pelakon berpengalaman saya gunakan sebaik mungkin sebagai persediaan dan pengetahuan sebagai orang baharu," katanya.
Kerana itu, Mawar menjadikan Nabila Huda, Elly Suriati serta Cate Blanchett sebagai sumber inspirasinya.
"Bagi saya, mereka insan seni yang sangat hebat dan berbakat. Kalau boleh, saya juga mahu menjadi seperti mereka.
"Berikan sahaja watak apa pun, pasti mereka dapat merealisasikan dengan baik," katanya.
Meski pun bergelar pelakon, Mawar masih meneruskan pendidikannya seperti biasa.
"Pendidikan itu penting kerana ia mendisiplinkan seseorang itu. Lagi pun, saya tidak mahu meninggalkan perkara yang dimulakan begitu sahaja.
"Lagi pun, lebih baik jika seorang anak seni itu masuk ke dunia ini dengan pakej pendidikan. Sedikit sebanyak ia memberi kelebihan kepada kita," kata penuntut Diploma Pengurusan MSU ini.
Selain Tundukkan Playboy itu, Mawar bakal muncul menerusi telefilem Reza, Arman dan Bill.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: