SELAIN menampilkan penyanyi Noh Salleh dan kumpulan Restoe Ibu Band, penyanyi muda yang kini mencipta nama di Indonesia, Nadira Adnan turut membuat persembahan pembukaan Konsert Teman, Sahabat & Cintaku sempena meraikan ulang tahun ke -20, Shiela On 7 (SO7) yang berlangsung Ahad ini.
Penyanyi berusia 19 tahun ini akan menyampaikan lagu hitnya, Isi Hati dan berduet dengan Noh menerusi lagu Sang Penikam.
Bercerita mengenai persiapan akhir menjelang konsert Adam selaku pemain bass berkata, mereka kini giat menjalankan latihan dan pada masa sama turut menjaga stamina untuk persembahan yang baik pada malam itu.
"Alhamdulillah, persiapan berjalan lancar, Erros akan menyertai kami esok kerana dia baru tiba dari Jakarta.
"Pada malam konsert kami akan membuat persembahan selama satu jam setengah dan lebih kurang 15 buah lagu petikan dari album pertama hingga kini," katanya ketika sesi temu bual D'Majestic by Swiss Garden, sebentar tadi.
Konsert yang ditunggu-tunggu peminat SO7 di Malaysia ini bakal berlangsung di StarXpo Hall, Kenanga Wholesale Centre (KWC).

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: