ALOR SETAR - Seorang wanita tidak menyangka perkahwinan dengan seorang pensyarah di sebuah universiti awam, dekat sini, dilakukan menggunakan sindiket nikah poligami ekspres.
Liza (bukan nama sebenar), 31, mendakwa dia berkahwin dengan pasangannya di sebuah rumah dekat Merbok setelah menerima pinangan isteri pertama pada 9 Julai 2011.
“Isteri pertama suami yang datang sendiri meminang saya. Dia kata mahu hadiahkan kebahagiaan pada suaminya. Mereka ada enam anak," katanya.
Menurutnya, di awal perkahwinan mereka hidup aman, namun selepas setahun, suaminya yang berusia lingkungan 40-an mula jadi panas baran dan sering bertindak kasar.
“Tidak tahan dengan suami yang sering memukul, saya buat permohonan cerai. Masa itulah saya dapati beberapa maklumat pada sijil nikah mengelirukan dan bercanggah dengan maklumat sebenar,” katanya.
Jelasnya, sijil nikah itu sepatutnya dikeluarkan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda kerana dinikahkan di Sungai Petani, tetapi mengikut apa yang disebutkan, ia dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Kota Setar.
“Alamat sepatutnya di Merbok, tetapi dalam surat itu dialamatkan di sebuah rumah di Taman Mutiara, Jalan Pegawai, Alor Setar. Setelah disiasat, taman perumahan itu tidak wujud. Pemalsuan dokumen ini serius dan perlukan siasatan kerana bukan saja melibatkan masalah penceraian dan hak penjagaan anak, malah ibarat perkahwinan luar nikah apabila sijil nikah dipalsukan,” katanya.
Liza mendakwa perkahwinannya sah dari segi hukum kerana dia dinikahkan oleh bapanya sendiri di rumah lelaki itu di Sungai Petani.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: