TEMERLOH – Jabatan Perikanan Pahang memerlukan ramai anggota atau penguat kuasa untuk menguatkuasakan akta yang melarang penjualan etak.
Difahamkan, jabatan berkenaan sukar untuk membuat pemantauan dan penguatkuasaan terhadap aktiviti menangkap atau menjual etak Sungai Pahang kerana trend mencari cangkerang itu sudah bermula sejak lebih seminggu lalu susulan air sungai cetek disebabkan cuaca panas.
Pengerusi Biro Ekonomi Umno Bahagian Temerloh Megat Asri Abd Jalil berkata, pengharaman aktiviti menangkap dan menjual etak tidak relevan.
"Daripada diharamkan aktiviti itu, baik benarkan saja sebab yang menangkap dan mencari etak tu penduduk setempat. Mereka hanya mahu merasai nikmat mencari dan makan etak.
“Mereka bukan nak kaut untung dengan cara menjual etak itu dan menangkap etak hanya aktiviti sosial bersama keluarga selain nak merasa makanan eksotik hidupan bercengkerang itu,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Beliau mengulas mengenai larangan Jabatan Perikanan Pahang terhadap orang awam supaya tidak mencari dan menjual etak.
Sinar Harian difahamkan, Jabatan Perikanan melarang aktiviti menangkap dan menjual etak disebabkan spesies moluska (etak, remis dan kijing) di perairan sungai negeri Pahang adalah makanan utama ikan patin muncung, patin buah dan temoleh.
Sementara itu, Megat Asri berkata, aktiviti menangkap etak di Sungai Pahang bukan berlaku selalu sebaliknya hanya pada tempoh tertentu.
"Kalau ada yang berniaga jual etak tu sekadar nak cari pendapatan sampingan untuk dapatkan duit lebih ketika musim kemarau ini,” katanya.
Aktiviti mencari etak di tebing Sungai Pahang semakin mendapat perhatian dan turut disertai pelancong luar selepas menjadi viral dalam laman sosial.
Pengunjung dari Kedah, Nor Khamisah Jefri, 40, berkata, dia berkunjung ke daerah ini atas urusan kerja sejak dua hari lalu.
Dia turut ke Sungai Pahang mencari etak dan mendapati aktiviti itu menarik untuk dicuba bersama keluarga.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: