Melanie Long
WANITA yang menjadikan watak animasi puteri duyung, Ariel sebagai idolanya kini bergelar duyung sebenar.
Melanie Long, 25, dari Clydebank, West Dunbartonshire ini pernah menyimpan impian untuk menjadi duyung dan ia telah menjadi kenyataan selepas menjadikannya sebagai kerjaya.
Kira-kira lima tahun lalu, Long berpindah ke Phuket untuk bekerja sebagai jurulatih selam skuba dan dia turut mengambil peluang menjadi duyung dalam sebuah majlis gala untuk badan kebajikan kanak-kanak di Thailand.
Long mengambil masa setahun untuk mereka dan menghasilkan ekor silikon sepanjang 1.2 meter sama seperti digunakan dalam filem Splash dan soap opera, H20.
Sejak kemunculan itu, duyung sebenar itu sering menerima tawaran untuk muncul di dalam televisyen, filem, video muzik, parti kanak-kanak dan majlis perkahwinan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: