Sunday, January 3, 2016

Media sosial punca runtuh akhlak remaja masa kini



Media sosial punca runtuh akhlak remaja masa kini
Gambar hiasan
SHAH ALAM – Media sosial dikatakan menjadi punca keruntuhan akhlak dan nilai moral remaja masa kini.
Menurut Pakar Psikologi dan Kaunseling, Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu, Prof Madya Dr Rohani Mat Min, media sosial merupakan platform yang membuka ruang kepada remaja masa kini untuk mengenal dunia luar tanpa had.
“Remaja akalnya tidak panjang. Walaupun mereka rasakan mereka terdedah dengan banyak maklumat, mereka masih memerlukan bimbingan daripada orang dewasa yang boleh dipercayai.
“Sebelum ambil sesuatu tindakan, lebih baik berbincang terlebih dahulu dengan orang dewasa yang boleh dipercayai,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Katanya lagi, beliau juga tidak menolak permasalahan lain yang boleh menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak remaja masa kini.
Mengulas mengenai kes remaja 14 tahun yang didakwa diculik, Rohani berkata, remaja tersebut mungkin menggunakan maklumat yang diperoleh daripada media sosial dan media arus perdana untuk mereka dakwaan penculikannya.
“Dengan umur yang begitu muda, saya percaya pendedahan terlalu banyak maklumat yang diperoleh daripada media massa menyebabkan remaja ini terdorong untuk melakukan tindakan tidak wajar.
“Saya rasa dia meniru maklumat yang diperoleh daripada laporan media sebelumnya dan mereka jalan ceritanya sendiri semata-mata untuk meluangkan masa dengan teman lelakinya,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: