Friday, January 8, 2016

Lebah punca penerbangan tangguh




Lebah madu

JAKARTA - INDONESIA. Gara-gara seekor lebah tersangkut dalam salah satu enjin pesawat, sebuah penerbangan Garuda Indonesia terpaksa ditangguhkan selama empat jam, menurut syarikat itu, semalam.
Jurucakap Garuda, Benny Butarbutar berkata, kehadiran haiwan tersebut dalam tiub pengukur tekanan menyebabkan gangguan pada kawalan enjin elektronik pesawat dan juruterbang penerbangan GA197 memutuskan untuk menangguhkan penerbangan.
"Masalah dikenal pasti oleh krew kokpit ketika menjalankan prosedur keselamatan sebelum berlepas. Bagi mengambil kira aspek keselamatan, kami membuat keputusan untuk menangguhkan penerbangan," katanya.
Difahamkan menerusi laporan dpa, penerbangan berkenaan dijadualkan berlepas pada pukul 10.10 pagi (waktu tempatan) dari lapangan terbang Kualanamu di Sumatera Utara ke ibu negara, Jakarta.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: