Friday, January 8, 2016

KFC perkenal hidangan baharu




KFC perkenal hidangan baharu
KFC Wasabi Rice Wrap boleh didapati di semua cawangan KFC di seluruh negara.
KFC Malaysia memperkenalkan hidangan baharu menerusi rangkaian Zinger Rice Wrap, KFC Wasabi Rice Wrap yang boleh didapati di semua cawangannya di seluruh negara bermula kelmarin.
Dalam satu kenyataan, hidangan yang didatangkan dengan sos mayo wasabi itu terdiri daripada dua kepingan 'fillet Zinger', nasi rumpai laut, hirisan timun rangup berserta tomato dipotong dadu, dan dibalut dengan 'tortilla' bakar.
Naib Presiden Kanannya, Ling Mee Jiuan berkata, produk baharu itu disasarkan kepada golongan remaja dan belia berkerjaya yang sentiasa mengikuti trend terkini serta gemar mencuba sesuatu yang berlainan.
Katanya, hidangan nasi dalam bentuk wrap itu juga sesuai bagi mereka yang kesuntukan masa kerana ia merupakan menu lengkap dan ringkas.
"KFC Zinger Rice Wrap adalah juadah yang menarik dan enak, mudah dinikmati pada bila-bila masa dan di mana jua.
"Tambahan pula, keunikan rasa sos mayo wasabi, Wasabi Rice Wrap pasti akan memikat selera pelanggan," katanya.
KFC Wasabi Rice Wrap dijual dengan harga RM5.90 secara ala carte, manakala RM8.90 untuk kombo yang mengandungi kentang goreng dan minuman 7Up Lemon Mint.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: