Wednesday, January 20, 2016

Fenomena cakera ais




Fenomena cakera ais

BULATAN atau cakera ais adalah kepingan ais yang berpusar secara perlahan-lahan di dalam air dan ia dipercayai terbentuk dalam arus pusar.
Cakera ais ini paling kerap dilihat Scandinavia dan America Utara, tetapi kadang kala ia juga direkodkan jauh hingga ke selatan England dan Wales. Pada Disember 2008, cakera ais ditemui di Wales dan pada Januari 2000 di England.
Satu bulatan ais dengan diameter kira-kira 15 meter pernah ditemui di Tasik Katrine, New York.
Difahamkan, fenomena semula jadi luar biasa itu berlaku dalam air bergerak perlahan di kawasan beriklim sejuk dan boleh terhasil dalam pelbagai saiz, dengan bulatan lebih daripada 15 meter diameter.
Cakera ais terbentuk di bahagian selekoh luar dalam sungai di mana pecutan air mewujudkan tenaga dipanggil ricih putaran, yang memecahkan kepingan ais dan memutarkan di sekelilingnya.
Ketika ia berputar, ia mengisar ais di sekitarnya sehingga ia menjadi licin dalam bentuk bulatan.
Salah satu daripada rakaman terawal adalah cakera ais ditemui di Sungai Mianus dan dilaporkan dalam edisi 1895 saintifik Amerika. 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: