Friday, January 8, 2016

Bintang Gegar Vaganza 1, 2 bersatu di Istana Budaya




Gegar Vaganza

ISTANA Budaya bakal menyaksikan penyatuan bintang Gegar Vaganza 1 dan 2 menerusi 'Konsert Mega Gegar Vaganza' yang akan diadakan selama tiga malam berturut-turut mulai 15 hingga 17 Januari ini.
Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, berkata konsert yang berdurasi dua jam 30 minit itu akan menampilkan 13 penyanyi yang mendendangkan kira-kira 20 buah lagu setiap malam.‎
"Persembahan pada ketiga-tiga malam itu akan diiringi oleh 63 pemuzik profesional dan penyanyi latar di bawah iringan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) pimpinan Konduktor Mohd Yazid Zakaria.
"Konsert ini juga sebagai tanda penghargaan dan terima kasih Astro kepada penonton yang tanpa jemu memberi sokongan padu terhadap program Gegar Vaganza sehingga berjaya mencatat jumlah tontonan tertinggi dalam sejarah penyiaran Astro," katanya pada sidang media Konsert Mega Gegar Vaganza di Kuala Lumpur.‎
Antara penyanyi yang bakal membuat persembahan ialah Siti Nordiana, Farahdhiya, Ezad Lazim, Nassier Wahab, Haleeda dan Achong.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: