
Batu nilam terbesar di dunia.
BATU nilam terbesar didunia 1,404 karat dan bernilai lebih AS$165 juta (RM 723 juta) ditemui di Sri Lanka Ogos lalu.
Batu berkenaan dijumpai berdekatan Ratnapura, bandar yang terletak di selatan Sri Lanka atau lebih dikenali sebagai bandar batu permata, lapor media tempatan.
Batu berkenaan dianggarkan berharga AS$100 juta (RM438 juta) namun nilainya boleh mencecah lebih AS$165 juta (RM723 juta)
Pemilik baru batu berkenaan yang identitinya dirahsiakan memberitahu akhbar Sri Lanka, Ceylon Today berkata, dia berasa gementar apabila mengetahui batu nilam yang dibelinya itu adalah terbesar di dunia.
Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan berapa nilai yang dibayarnya untuk mendapatkan batu berkenaan,
Menurutnya, batu permata itu terlalu besar untuk dijadikan barang kemas sebaliknya lebih sesuai dipamerkan di muzium.
Batu nilam bewarna kebiruan itu kadang-kadang mempunyai bintang di tengah-tengah kerana fenomena pantulan cahaya dipanggil asterism.
Pada tahun 2011, Persatuan Permata dan Barang Kemas Sri Lanka memberitahu BBC bahawa batu nilam pada cincin pertunangan Duchess of Cambridge, Kate Middleton adalah berasal dari salah satu daripada lombong di negara itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: